Islamic Widget

Thursday, July 22, 2010

Peluang



Wahai diri,
Engkau berkali-kali melakukan kesilapan dalam hidupmu,
Namun...
Allah tetap lagi mencurahkan nikmat dan kasih kepadamu,
Malah...
Beribu peluang diberikan olehNYA,
Untuk kau berubah menjadi lebih baik,
Bahkan...
Allah jua telah memberikan pelbagai petunjuk dalam hidupmu,
Agar engkau tidak tersasar dari laluan pengabdianNYA.
Akan tetapi...
Engkau melepaskan peluang-peluang itu,
Engkau tidak endahkan petunjuk-petunjukNYA itu,
Umpama angin yang berlalu tanpa meninggalkan kesannya,
Sekarang...
Engkau masih lagi kurang mengabdikan diri kepadaNYA,
Engkau masih lagi memberi alasan untuk tidak beribadah,
Engkau leka menghayati dunia ini,
Leka sehingga engkau lupakan kekasihmu,
Iaitu Allah..
Allah jua kekasihmu yang agung,
Jika engkau terdetik untuk mengetuk pintu taubat,
Allah jua menerima mu dengan seadanya,
Malah mengampuni jutaan dosamu,
Adakah itu semua tidak mencukupi?

Ya Allah,
Ku kutip peluang-peluang yang berbaki ini,
Akan aku sedaya upaya manfaatkannya,
Aku bersyukur tidak terhingga,
Kerana aku masih didalam jagaan dan cintaMU,
Dan Engkau masih lagi mempedulikan aku...

Aku adalah sang hamba,
Yang bertatih dibumi MU ini,
Kadang-kadang...
Aku jatuh berdarah diliku kehidupan,
Dengan bantuanMU dan kasihMU,
Aku masih lagi bangun,
Untuk bertatih lagi di hidup ini...

Friday, July 16, 2010

Ku temui kemanisan didalam kegagalan...


Ya Allah...
Semenjak arwah abah meninggalkan dunia ini..
Ku temui satu persatu kegagalan,
Ku temui satu persatu kekecewaan,
Ku telah hancurkan segala harapan dibahuku...

Dahulu, aku tidak mengenal erti kegagalan,
Aku tidak tahu apa erti kekecewaan,
Kerana yang ku capai hanyalah kejayaan demi kejayaan.
Semalam ku temui satu lagi kegagalan dalam hidupku,
Betapa aku telah menghancurkan hati bondaku,
Namun ku tidak berani meluahkan kesedihan ini,
Di hadapan orang, akulah insan yang sentiasa berwajah gembira,
Di khalayak ramai, aku sentiasa memakai topeng senyuman,
Jarang sekali aku menunjukkan wajah kesedihan,
Apatah lagi wajah kekecewaan.

Aku tidak pernah menyalahkanMU ya Allah,
Kerana segala kesalahan adalah berpunca dari diriku sendiri,
Diri ini semakin alpa dengan dunia yang sementara ini,
Diri ini semakin takbur dengan nikmat-nikmatMU,
Diri ini yang penuh dengan palitan dosa-dosa,
Diri ini terasa jauh dari MU Ya Allah,
Kerana itu, aku tidak layak mempamerkan wajah kesedihan dimukaku.

Ya Allah,
Biarpun kegagalan kutemui,
Aku tidak layak untuk futur dan berputus asa,
Kerana, aku tidak mahu memusnahkan hidup ku sendiri,
Aku bangun menghadapi realiti,
Mencari sisa-sisa taubat,
Mencari cebisan rahmatMU,
Mencari zarah-zarah petunjukMU.
Dan, aku akan terus bangkit,
Bangkit dari kekecewaan,
Bangkit dari futur,
Demi meneruskan perjuangan hidupku didunia ini.

Ya Allah,
Ku atur langkah demi langkah,
Biarpun hatiku luka parah,
Biarpun ianya meninggalkan parut dalam hidupku,
Aku akan meneruskan langkah ini,
Kerana yang ku cari, hanyalah redhaMU...
Aku adalah sang hamba..
Yang tidak layak untuk mengharapkan apa-apa dariMU,
Kerana, terlampau banyak nikmat yang telah Engkau berikan,

Ya Allah,
Disebalik kegagalan ini,
Kau masih memberi rahmat kepadaku :
Bonda yang sering memberiku dorongan,
walaupun aku telah menghancurkan harapannya,
Sahabat-sahabat perjuangan dakwahku,
Yang sering memahami dan memberikan dorongan,
Rakan-rakanku,
Yang sering membantu tanpa ku pinta.
Biarpun aku menyembunyikan kesedihanku,
mereka tetap disisiku dan membantuku...
Inilah kemanisan disebalik kegagalan.
Ya Allah, berikanlah mereka kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.

Ya Allah,
Aku bersyukur disebalik kegagalan,
Kerana ia mengajar aku sifat zuhud didalam kehidupan,
Membenihkan dalam diriku sifat rendah hati,
Menghalang diriku dari sifat riya' dan sombong,
Menyedarkan aku nikmat disayangi,
Agar aku tidak mengkufuri nikmat MU,
Agar aku thabat didalam perjuangan dakwah,
Agar aku sedari hakikat aku adalah seorang hamba Allah.

Subhanallah, Allah Maha Kuasa diatas segala sesuatu.
Moga kita tergolong dikalangan orang yang mencintainya dengan segenap jiwa.

________________________________________________________________________

Alfun Syukran kepada :
  • Bondaku (Fadzilah Abd. Aziz). Jasa dan pengorbanan mu dalam membesarkan anak yang nakal (juga anak yang banyak kerenah) ini terlampau banyak. Mak berusaha menyembunyikan kesedihan dan kekecewaannya mengenai kegagalanku ini. Selepas abah meninggal, segala tanggungjawab tergalas dibahu mak, selepas bagitahu mak hal ni, mak risaukan ana/saya/aku kesedihan dan berpura tidak kesedihan dalam hal ni. Ya, ana/saya/aku berpura dan berlakon agar mak tidak risaukan keadaan diri ni. Mak tak putus-putus bagi semangat... ana/saya/aku menangis lepas telefon mak bagitahu hal ni semalam... Kesedihan yang tidak dapat diluahkan dan disimpan dalam hati..
  • Sahabat-sahabat seperjuangan : Aini Afifah terus telefon ana/saya/aku lepas dia tahu hal ni. Zaty Asma' Salsabilah juga telefon untuk menenagkan hati ni (malam semalam). Kak hana (Farhana Abdul Ghani, Tahun 3 medic Cairo U), telefon tengah hari tadi selepas dia tahu hal ni. Masa aini dan zaty telefon, ana/saya/aku boleh berlakon dan berpura lagi macam tiada apa-apa berlaku. Tapi time kak hana telefon tadi, ana/saya/aku cepat-cepat menghentikan perbualan, sebab kalau lebih lama kami berbual, memang tak boleh nak cover sebak ni. Tak tahulah kenapa dengan kak hana tak boleh nak tahan...
  • Abang hidir (sepupu, tahun 6 cairo U, status: Married with 2 children). Abang hidir memang banyak bagi tunjuk ajar dekat diri ini dan terlampau banyak pertolongan telah dia berikan sepanjang diri ni kat mesir. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat ikhwah yang mengambil berat tentang diri ini. Dorang semua memang mendoakan kejayaan diri ini, tapi.. erm.. maaf, ana telah menghancurkan harapan kalian.
  • Juga rakan-rakan yang lain yang tidak putus memberi semangat dan membantu diri ni. Especially Leng (member, sahabat atau seangkatan dengannya) yang selalu buat 'projek' dengan dia..

Saturday, July 10, 2010

Di sebalik mata itu..

Matanya sayu,
Menahan takungan air mata,
Menahan sebak didada,
Menahan kesedihan hidup didunia,
Menahan diri dari futur ditengah jalan ilmu,
Biar seribu kesedihan terpalit dihati,
Bibirnya tetap mempamerkan senyuman,
Dirinya tetap gagah mengendalikan amanah keluarga,
Biarpun dikritik oleh masyarakat,
Dia terus menghayunkan langkah,
Demi mencapai impian yang satu,
Hamlaltul quran...

This poem is dedicate to my beloved brother, Mohammad Fahrur Razi..
Dari kanan : uda dan acu.
Spontan je tulis poem ni... tetiba rindu dekat dia...
The fact, its rare to see him crying... All of my life, i'm didnt saw he cry, not even once.
All I'm saw is only smiling on his face.. It so sweet (elders said it is because he got many mole on his face, and one of his habit is to count the mole on his face.. hi3).
Walaupun, masa arwah abah meninggal, tidak pernah nampak nampak dia nangis, malah dia sambut tetamu dengan senyuman.
Masa hari arwah abah dikebumikan, kebanyakan orang mengucapkan takziah, dan masyrakat memandang uda sebagai ketua keluarga kami.
Salah satu ucapan yang didengari "Mamat, abah kamu dah tiada, kamulah harapan dan ketua keluarga untuk menjaga mak kamu, akak-akak kamu dan adik kamu..".
Ucapan tu macam mudah, tapi amanah yang dipikul amat berat.
Uda jarang meminta wang saku dari mak..
Satu hari mak bercerita tentang uda, haritu mamat balik rumah, dia pergi pekan, mak tengok dia bawa balik mesin basuh baru, mak tanya "mana dapat mesin basuh ni?", uda jawap "mesin basuh ni, ada orang nak sedekahkan kepada madrasah". Mak senyap, mak kata denganku, "uda beli sendiri mesin basuh tu guna duit dia, duit yang dia dapat masa jadi imam terawih, dia tak bagitahu mak, tapi mak tahu tu duit dia".
Banyak lagi nak cerita pasal uda ni, tapi nanti berjela2 pula.. hi3..
Uda dah lama duduk madrasah, demi impian dia yang satu, iaitu menjadi hafizul quran..
Kalau ikut hafalan uda, uda dah lama habis hafal 1 quran, tapi disebabkan uda nak ambil syahadah, ustaz tak bagi dia ambil syahadah sebab hafalan dia tak mantap...
Syahadah tu apa? exam ke?
Ya, Syahadah itu adalah exam untuk kelayakan seseorang hafiz untuk 'debut' sebagai seorang hafiz ke dunia realiti. Kebanyakan Huffaz sekarang, tidak mengambil sistem syahadah, tapi bagi pendapat ku, sistem syahadah memantapkan lagi hafalan seorang hafiz.
Sistem syahadah adalah, Tasmi' hafazan 1 quran secara terus menerus dengan pantauan beberapa orang ustaz, kebiasaannya para hafiz mengambil masa 2 hari (1 hari 15 juz), bukan sekadar itu, tidak boleh ada kesalahan serius sepanjang syahadah sama ada dari segi hukum tajwid mahupun hafalan (lupa, tersangkut dan sebagainya).
Demi mengambil syahadah, uda sanggup belajar lagi di madrasah walaupun ramai yang menmandang rendah kepada uda (sebab tiada background akademik), tapi uda still bersabar sehingga ke hari ini untuk mengambil syahadah. Malah, setiap kali dia mengulang hafalannya, sekiranya dia tersangkut, ku nampak dimatanya kesedihan... Kesabaran uda dalam menuntut ilmu memang ku tak dapat capai...

*Insyallah bulan puasa nanti, uda dijangkakan oleh ustz-ustz dimadrasah untuk mengambil syahadah. Moga dipermudahkan urusannya











Guideline Pelajar Baru Medic Azhar Tahun 1. (Bhgn 1)

Salam...

Kali ni akak/ana/saya/aku (pilih sendiri) ingin menerangkan tentang sistem pembelajaran di University Al-Azhar, Faculty of Medicine. Student medic di azhar terbahagi kepada 2, sama ada pelajar MOU atau G2G. Akak/ana/saya/aku akan lebih tumpukan penerangan tentang student MOU (sebab student MOU, kui3). Tapi, kalau ada siapa-siapa nak tanya pasal student G2G, sila tanya ye.

Apa itu student MOU ?
Student MOU adalah student yang diletakkan under 1 speciality. Dan kebiasaan student MOU datang dengan ejen (e.g AQ, MM, IM, Y2G). Batch pertama student MOU adalah batch 08/09. What the cicurmstance for student MOU ?
  1. Semua student Malaysia diletakkan didalam satu kelas (tidak campur dengan budak arab) and our class is more comfortable than arabic student.
  2. Pembelajaran fully in English. Warning : Even doctor speaking BI, tapi BI loghat arab, it will take time to fully understand what they speaking. Masa akak/ana/saya/aku (pilih sendiri) mula-mula masuk lecture, tak faham pun apa lecturer cakap, except lecturer yang study luar dari mesir (e.g in france, Liverpool, England, UK). Alhamdulillah, tidak lama kemudian, boleh tangkap apa dorang cakap.
  3. Lecturer yang mengajar untuk student MOU adalah profesor yang mantap-mantap, sama ada head department atau high rate profesor. Jangan risau pasal qualification lecturer, semua profeser mempunyai kelulusan PhD.
  4. Menjadi kebiasaan doktor-doktor yang mengajar student MOU mengambil berat tentang pelajar MOU especially vice dean Dr. Nadiah.
  5. Tahun pengajian : 6 tahun.
  6. Wajib hafal 1 juz quran setiap tahun, ni memang masuk exam final dan ianya memberi effect kepada pangkat keseluruhan untuk result final.
Apa lagi keistimewaan yang studnet MOU dapat? Entah lah ye, kalau ada pape lagi akak/ana/saya/aku (pilih sendiri) ingat, nanti update lah ye...

Apa itu student G2G?

Student G2G (G2G stand for goverment to goverment) adalah student yang dihantar khas oleh negeri masing-masing (kebiasaannya yayasan negeri) dan kebiasaannya mereka ditanggung penuh oleh negeri masing-masing a.k.a scholarship.

The circumstance of student G2G :
  1. Student G2G akan belajar sama-sama dengan student arab. The lecture speaking 50 % english and 50 % arabic (kalau tak silap). The advantages dorang dapat adalah, they will learn arabic language naturally and they can speak arabic fluently in short time rather than student MOU.
  2. Wajib hafal 5 juz setiap tahun dan masuk dalam exam final.
  3. Tahun pengajian : 7 tahun. Tahun pertama dorg (sanah ta'hili) tidak belajar lagi subject medic, dorang belajar subject agama (e.g balaghah, adab nusus, tafsir). Ini menjadikan dorang mantap dalam agama dan bahasa arab. (i'm jealous towards them)
  4. Seterusnya, lebih kurang sama je condition student G2G dan MOU.
Apa subjek yang dipelajari ?

1st Year :
  • Physiology
  • Anatomy
  • Biochemistry
  • Histology
  • Quran (juz 30)
  • Bahasa Arab
Subject medic : Physiology, anatomy, biochemistry and histology. Untuk subject medic, akan ada pembelajaran dalam lecture and lab.

Subject anatomy paling banyak dan lama practical dalam lab setiap minggu (tu pun doctor nak tambah masa lagi) dan dalam masa 2 minggu pertama korang start kuliah, doctor akan tunjuk secara formal secara practically dengan tulang-tulang (ni tulang manusia betul ye) dan cardever (betul ke tak ejaan ni, hi3.. ni mayat manusia betul). At the beginning memang akan rasa takut or sebagainya, tapi lama-lama nanti korang akan adapt dengan situasi ini, time mode exam adalah menjadi nature scene bila budak medic tertidur dengan tulang-tulang manusia (sebab banyak kene hafal). Masa tahun 2, kitaorang siap pegang cardever with bare hand, sebab lupa nak bawa gloves.. Untuk Final exam, ada 3 exam untuk anatomy : Written (3 hours), Oral and practical.

Histology, subject yang banyak kena lukis dan tengok microscope dalam lab. Kene hafal betul2 lukisan sebab masuk dalam exam writing and practical. Warning : Sila siapkan lukisan setiap kali lepas tengok microscope, nanti akan menyesal sendiri kalau bertangguh. Final exam ada 3 exam untuk histo : written, oral and practical.

Biochemistry, kene hafal banyak formula... Sebab dalam exam, formula banyak ditanya, kalau tak hafal, nanti terkulat-kulat melukis formula sendiri. warning : sila hafal dan latih melukis segala formula sejak awal tahun lagi ye, jangan tangguh-tangguh sampai dah nak exam, nanti korang menyesal sendiri. Untuk final exam ada 3 exam untuk biochem : written (3 hours), oral and practical.

Physiology, THE KILLER SUBJECT, faham betul-betul apa yang doctor ajar masa lecture, kalau tak faham, terus tanya dekat doctor, balik rumah terus buat notes dan hafal, paling koman pun tengok balik apa yang dipelajari haritu. Lab physio adalah practical kepada teori yang dipelajari semasa lecturer. Warning : sila siapkan buku lab setiap kali lab, and hafal dari kulit ke kulit untuk dapat full mark for practical test final exam. Final exam : written, oral and practical.

Quran, kene hafal juz 30, JANGAN tangguh hafal, start hafal dari awal tahun, dan latih menulis ayat-ayat quran, sebab exam final quran terdiri daripada tahriri(written) dan syafawi (oral).

Bahasa arab, yang ni berubah-rubah silibus dari tahun ke tahun, tak pasti tahun akan datang macam mana. final exam : written je.

Tahniah and good luck bagi pelajar-pelajat baru Medic azhar 2010/2011, harap dengan penerangan diatas, korang boleh buat preparation mentally and physically.. belajar medic, tak boleh belajar main-main dan ianya memerlukan kosentrasi yang tinggi... stress and tension adalah makanan rugi untuk student medic.. all the best for all of you..

Ok, setakat ni, itu je akak/ana/saya/aku tulis, akan bersambung untuk lain kali.

Salam Ukhuwah, Salam membaca

Salam...

Akhirnya, ana/saya/aku (pilih sendiri mana suka), menulis balik blog, blog-blog sebelum ni semua dah tinggal bersawang dan lupa password (kui3)... Sebenarnya malas nak buat blog atau tulis blog dah, tapi ada orang bagi encourage untuk ana/saya/aku (pilih sendiri) untuk tulis balik, dorang kata moga ianya menjadi proksi dakwah.. A'la kulilhal, syukran bagi para pembaca blog ini dan orang-orang yang bagi sokongan untuk ana/saya/aku (pilih sendiri) terlibat balik dalam dunia blogging... Ana/saya/aku (pilih salah satu), bukanlah penulis yang hebat mana, baru nak bertatih dalam dunia penulisan.
Blog ini tiada tema yang fixed, sebab tidak tahu lagi nak tulis apa kat blog ini (kui3)... Hidup orang mukmin ini umpama penjara didunia ini, tapi tidak bermakna kita sebagai orang islam untuk tidak boleh mendapat kebahagiaan didalam hidup kita. That why, Let sketch our life with meaningful memories. Kita yang melakar kehidupan kita ini penuh bermakna ataupun penuh kebosanan ataupun penuh kesedihan. Sometimes, we make an error in our life, we mess up our oppurtinity, we waste up our good chance, we break up our beloved person's heart and many more... But, it was not too late to fix our failure, to make up our errors... Allah always guiding person who want to 'taubat' and Allah always besides us to guide us to remake our errors and to forgive our sins.. Happiness is blessing of Allah to whom appreciate His 'nikmat'...