Islamic Widget

Friday, July 16, 2010

Ku temui kemanisan didalam kegagalan...


Ya Allah...
Semenjak arwah abah meninggalkan dunia ini..
Ku temui satu persatu kegagalan,
Ku temui satu persatu kekecewaan,
Ku telah hancurkan segala harapan dibahuku...

Dahulu, aku tidak mengenal erti kegagalan,
Aku tidak tahu apa erti kekecewaan,
Kerana yang ku capai hanyalah kejayaan demi kejayaan.
Semalam ku temui satu lagi kegagalan dalam hidupku,
Betapa aku telah menghancurkan hati bondaku,
Namun ku tidak berani meluahkan kesedihan ini,
Di hadapan orang, akulah insan yang sentiasa berwajah gembira,
Di khalayak ramai, aku sentiasa memakai topeng senyuman,
Jarang sekali aku menunjukkan wajah kesedihan,
Apatah lagi wajah kekecewaan.

Aku tidak pernah menyalahkanMU ya Allah,
Kerana segala kesalahan adalah berpunca dari diriku sendiri,
Diri ini semakin alpa dengan dunia yang sementara ini,
Diri ini semakin takbur dengan nikmat-nikmatMU,
Diri ini yang penuh dengan palitan dosa-dosa,
Diri ini terasa jauh dari MU Ya Allah,
Kerana itu, aku tidak layak mempamerkan wajah kesedihan dimukaku.

Ya Allah,
Biarpun kegagalan kutemui,
Aku tidak layak untuk futur dan berputus asa,
Kerana, aku tidak mahu memusnahkan hidup ku sendiri,
Aku bangun menghadapi realiti,
Mencari sisa-sisa taubat,
Mencari cebisan rahmatMU,
Mencari zarah-zarah petunjukMU.
Dan, aku akan terus bangkit,
Bangkit dari kekecewaan,
Bangkit dari futur,
Demi meneruskan perjuangan hidupku didunia ini.

Ya Allah,
Ku atur langkah demi langkah,
Biarpun hatiku luka parah,
Biarpun ianya meninggalkan parut dalam hidupku,
Aku akan meneruskan langkah ini,
Kerana yang ku cari, hanyalah redhaMU...
Aku adalah sang hamba..
Yang tidak layak untuk mengharapkan apa-apa dariMU,
Kerana, terlampau banyak nikmat yang telah Engkau berikan,

Ya Allah,
Disebalik kegagalan ini,
Kau masih memberi rahmat kepadaku :
Bonda yang sering memberiku dorongan,
walaupun aku telah menghancurkan harapannya,
Sahabat-sahabat perjuangan dakwahku,
Yang sering memahami dan memberikan dorongan,
Rakan-rakanku,
Yang sering membantu tanpa ku pinta.
Biarpun aku menyembunyikan kesedihanku,
mereka tetap disisiku dan membantuku...
Inilah kemanisan disebalik kegagalan.
Ya Allah, berikanlah mereka kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.

Ya Allah,
Aku bersyukur disebalik kegagalan,
Kerana ia mengajar aku sifat zuhud didalam kehidupan,
Membenihkan dalam diriku sifat rendah hati,
Menghalang diriku dari sifat riya' dan sombong,
Menyedarkan aku nikmat disayangi,
Agar aku tidak mengkufuri nikmat MU,
Agar aku thabat didalam perjuangan dakwah,
Agar aku sedari hakikat aku adalah seorang hamba Allah.

Subhanallah, Allah Maha Kuasa diatas segala sesuatu.
Moga kita tergolong dikalangan orang yang mencintainya dengan segenap jiwa.

________________________________________________________________________

Alfun Syukran kepada :
  • Bondaku (Fadzilah Abd. Aziz). Jasa dan pengorbanan mu dalam membesarkan anak yang nakal (juga anak yang banyak kerenah) ini terlampau banyak. Mak berusaha menyembunyikan kesedihan dan kekecewaannya mengenai kegagalanku ini. Selepas abah meninggal, segala tanggungjawab tergalas dibahu mak, selepas bagitahu mak hal ni, mak risaukan ana/saya/aku kesedihan dan berpura tidak kesedihan dalam hal ni. Ya, ana/saya/aku berpura dan berlakon agar mak tidak risaukan keadaan diri ni. Mak tak putus-putus bagi semangat... ana/saya/aku menangis lepas telefon mak bagitahu hal ni semalam... Kesedihan yang tidak dapat diluahkan dan disimpan dalam hati..
  • Sahabat-sahabat seperjuangan : Aini Afifah terus telefon ana/saya/aku lepas dia tahu hal ni. Zaty Asma' Salsabilah juga telefon untuk menenagkan hati ni (malam semalam). Kak hana (Farhana Abdul Ghani, Tahun 3 medic Cairo U), telefon tengah hari tadi selepas dia tahu hal ni. Masa aini dan zaty telefon, ana/saya/aku boleh berlakon dan berpura lagi macam tiada apa-apa berlaku. Tapi time kak hana telefon tadi, ana/saya/aku cepat-cepat menghentikan perbualan, sebab kalau lebih lama kami berbual, memang tak boleh nak cover sebak ni. Tak tahulah kenapa dengan kak hana tak boleh nak tahan...
  • Abang hidir (sepupu, tahun 6 cairo U, status: Married with 2 children). Abang hidir memang banyak bagi tunjuk ajar dekat diri ini dan terlampau banyak pertolongan telah dia berikan sepanjang diri ni kat mesir. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat ikhwah yang mengambil berat tentang diri ini. Dorang semua memang mendoakan kejayaan diri ini, tapi.. erm.. maaf, ana telah menghancurkan harapan kalian.
  • Juga rakan-rakan yang lain yang tidak putus memberi semangat dan membantu diri ni. Especially Leng (member, sahabat atau seangkatan dengannya) yang selalu buat 'projek' dengan dia..

No comments:

Post a Comment