Islamic Widget

Saturday, July 10, 2010

Di sebalik mata itu..

Matanya sayu,
Menahan takungan air mata,
Menahan sebak didada,
Menahan kesedihan hidup didunia,
Menahan diri dari futur ditengah jalan ilmu,
Biar seribu kesedihan terpalit dihati,
Bibirnya tetap mempamerkan senyuman,
Dirinya tetap gagah mengendalikan amanah keluarga,
Biarpun dikritik oleh masyarakat,
Dia terus menghayunkan langkah,
Demi mencapai impian yang satu,
Hamlaltul quran...

This poem is dedicate to my beloved brother, Mohammad Fahrur Razi..
Dari kanan : uda dan acu.
Spontan je tulis poem ni... tetiba rindu dekat dia...
The fact, its rare to see him crying... All of my life, i'm didnt saw he cry, not even once.
All I'm saw is only smiling on his face.. It so sweet (elders said it is because he got many mole on his face, and one of his habit is to count the mole on his face.. hi3).
Walaupun, masa arwah abah meninggal, tidak pernah nampak nampak dia nangis, malah dia sambut tetamu dengan senyuman.
Masa hari arwah abah dikebumikan, kebanyakan orang mengucapkan takziah, dan masyrakat memandang uda sebagai ketua keluarga kami.
Salah satu ucapan yang didengari "Mamat, abah kamu dah tiada, kamulah harapan dan ketua keluarga untuk menjaga mak kamu, akak-akak kamu dan adik kamu..".
Ucapan tu macam mudah, tapi amanah yang dipikul amat berat.
Uda jarang meminta wang saku dari mak..
Satu hari mak bercerita tentang uda, haritu mamat balik rumah, dia pergi pekan, mak tengok dia bawa balik mesin basuh baru, mak tanya "mana dapat mesin basuh ni?", uda jawap "mesin basuh ni, ada orang nak sedekahkan kepada madrasah". Mak senyap, mak kata denganku, "uda beli sendiri mesin basuh tu guna duit dia, duit yang dia dapat masa jadi imam terawih, dia tak bagitahu mak, tapi mak tahu tu duit dia".
Banyak lagi nak cerita pasal uda ni, tapi nanti berjela2 pula.. hi3..
Uda dah lama duduk madrasah, demi impian dia yang satu, iaitu menjadi hafizul quran..
Kalau ikut hafalan uda, uda dah lama habis hafal 1 quran, tapi disebabkan uda nak ambil syahadah, ustaz tak bagi dia ambil syahadah sebab hafalan dia tak mantap...
Syahadah tu apa? exam ke?
Ya, Syahadah itu adalah exam untuk kelayakan seseorang hafiz untuk 'debut' sebagai seorang hafiz ke dunia realiti. Kebanyakan Huffaz sekarang, tidak mengambil sistem syahadah, tapi bagi pendapat ku, sistem syahadah memantapkan lagi hafalan seorang hafiz.
Sistem syahadah adalah, Tasmi' hafazan 1 quran secara terus menerus dengan pantauan beberapa orang ustaz, kebiasaannya para hafiz mengambil masa 2 hari (1 hari 15 juz), bukan sekadar itu, tidak boleh ada kesalahan serius sepanjang syahadah sama ada dari segi hukum tajwid mahupun hafalan (lupa, tersangkut dan sebagainya).
Demi mengambil syahadah, uda sanggup belajar lagi di madrasah walaupun ramai yang menmandang rendah kepada uda (sebab tiada background akademik), tapi uda still bersabar sehingga ke hari ini untuk mengambil syahadah. Malah, setiap kali dia mengulang hafalannya, sekiranya dia tersangkut, ku nampak dimatanya kesedihan... Kesabaran uda dalam menuntut ilmu memang ku tak dapat capai...

*Insyallah bulan puasa nanti, uda dijangkakan oleh ustz-ustz dimadrasah untuk mengambil syahadah. Moga dipermudahkan urusannya











No comments:

Post a Comment