Islamic Widget

Thursday, July 22, 2010

Peluang



Wahai diri,
Engkau berkali-kali melakukan kesilapan dalam hidupmu,
Namun...
Allah tetap lagi mencurahkan nikmat dan kasih kepadamu,
Malah...
Beribu peluang diberikan olehNYA,
Untuk kau berubah menjadi lebih baik,
Bahkan...
Allah jua telah memberikan pelbagai petunjuk dalam hidupmu,
Agar engkau tidak tersasar dari laluan pengabdianNYA.
Akan tetapi...
Engkau melepaskan peluang-peluang itu,
Engkau tidak endahkan petunjuk-petunjukNYA itu,
Umpama angin yang berlalu tanpa meninggalkan kesannya,
Sekarang...
Engkau masih lagi kurang mengabdikan diri kepadaNYA,
Engkau masih lagi memberi alasan untuk tidak beribadah,
Engkau leka menghayati dunia ini,
Leka sehingga engkau lupakan kekasihmu,
Iaitu Allah..
Allah jua kekasihmu yang agung,
Jika engkau terdetik untuk mengetuk pintu taubat,
Allah jua menerima mu dengan seadanya,
Malah mengampuni jutaan dosamu,
Adakah itu semua tidak mencukupi?

Ya Allah,
Ku kutip peluang-peluang yang berbaki ini,
Akan aku sedaya upaya manfaatkannya,
Aku bersyukur tidak terhingga,
Kerana aku masih didalam jagaan dan cintaMU,
Dan Engkau masih lagi mempedulikan aku...

Aku adalah sang hamba,
Yang bertatih dibumi MU ini,
Kadang-kadang...
Aku jatuh berdarah diliku kehidupan,
Dengan bantuanMU dan kasihMU,
Aku masih lagi bangun,
Untuk bertatih lagi di hidup ini...

No comments:

Post a Comment